Posted by : Unknown
Kamis, 28 November 2013
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas
seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum
agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT.
kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa
yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa
terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan
memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa
insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka
mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat
atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih
afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.